xenite400bhp
01-23-2008, 04:48 AM
Pengecualian cukai untuk kereta, motosikal lumba
26-11-2007 07:38:06 PM
PUTRAJAYA: Mulai Januari tahun depan, pelumba sukan permotoran Malaysia akan menikmati pengecualian skim duti dan cukai bagi kenderaan yang digunakan dalam pertandingan permotoran, demikian diumumkan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.
Beliau berkata pengcualian cukai berkenaan meliputi alat ganti dan komponen, tayar dan peralatan keselamatan bagi menjadikan sukan permotoran lebih murah, seterusnya memacu pembangunan dan pertumbuhan industri itu di negara ini.
"Kementerian Kewangan telah meluluskan skim pengecualian duti dan cukai bagi kenderaan yang digunakan dalam perlumbaan permotoran dan mekanisme ini akan dikendalikan oleh Persatuan Permotoran Malaysia (MAM)," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan kerjasama antara PPM dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) di sini.
Pada masa ini, Azalina berkata kenderaan bagi perlumbaan tertentu boleh dibawa masuk dengan duti import percuma tetapa hanya untuk tempoh tertentu berikutan Permit Import (AP) kenderaan itu sementara dan ini menjadi mahal jika mereka perlu mengeksport dan mengimportnya semula sebagaimana lazimnya berlaku.
Sementara itu, Pengerusi MAM Datuk Azman Yahya berkata kenderaan permotoran yang dikeluarkan dalam negara termasuk alat ganti, tayar dan peralatan keselamatan turut dikecualikan daripada duti eksais dan cukai jualan.
"Skim ini akan menyediakan, bukan sahaja kos perlumbaan yang rendah tetapi juga peralatan yang lebih baik, yang kemudiannya menyediakan perlumbaan yang lebih baik dan potensi pendedahan antarabangsa dan persembahan di Malaysia.
"Ini penting berdasarkan kepada pelaburan besar kerajaan dalam sukan permotoran," katanya.
Azman, bagaimanapun, memberi ingatan bahawa MAM akan memantau secara teliti apa-apa juga penyalahgunaan kenderaan oleh pemiliknya diberikan pengecualian duti dan cukai.
"Katakanlah, pemiliknya mahu mengimport kereta Ferrari, mengikut skim itu bagi satu perlumbaan di Sepang. Jika pemiliknya gagal menyertai mana-mana perlumbaan sepanjang tahun itu, kami akan mengeluarkan surat tunjuk sebab. Kita tidak mahu pemilik menggunakan kereta Ferrari yang murah sekadar hanya untuk memenuhi gaya hidupnya," katanya.
Azman berkata butiran lanjut mengenai skim itu akan diumumkan kemudian.
Sementara itu, Pengerusi AAM Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha berkata kerjasama antara AAM dan MMM, kini terbentuk secara rasmi ekoran perjanjian yang ditandatangani antara Presiden MAM dan Suruhanjaya Permotoran Malaysia (MCM), Azman dan dirinya, bagi pihak AAM, di Paris pada bulan lepas.
"Menurut perjanjian itu, yang diusahakan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), AAM, sebagai wakil rasmi badan yang mengawal dan mentadbir permotoran di negara ini akan terus dan menggunakan kuasanya dalam sukan permotoran kenderaan dan motosikal di Malaysia.
"Dengan penandatanganan ini, MAM kini merupakan satu anggota bersekutu kami," katanya.
Tunku Mudzaffar berkata AAM akan mewujudkan Majlis Permotoran Malaysia (MMC) yang akan diwakili AAM, MAM dan kelab bersekutu serta wakil perdagangan MCM.
Sebagai pembuat dasar, peranan majlis itu akan memastikan pematuhan kepada peraturan-peraturan sukan, keadilan dan pembangunan tersusun dalam sukan permotoran, katanya. BERNAMA
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_7b11fcc 5-c0a85062-18351490-93807c81